Summary: | Al-Qur’an merupakan kitab terulung yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.; dalam bahasa Arab; melalui perantaraan malaikat Jibril; sebagai petunjuk dan panduan kepada seluruh umat Islam. Ia sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Qur’an (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah – ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah asy-Syu?araa’, 26: 192-195) Menurut al-Qattan (1999), al-Qur’an menurut pendefinisian para ulama’ ialah kalam atau firman Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan membacanya merupakan suatu ibadah.
|