Amalan pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional: sejauh manakah ia dilaksanakan di tiga buah sekolah teknik di Selangor
Kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Seramai 90 orang guru yang mengajar matapelajaran teknik dan vokasional di 3 buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidi...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/6170/1/ictte.pdf |
Summary: | Kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Seramai 90 orang guru yang mengajar matapelajaran teknik dan vokasional di 3 buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian digunakan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati responden sedikit sebanyak mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif tetapi faktor-faktor seperti kekangan masa dan sikap pelajar ternyata mempunyai pengaruhi negatif terhadap pengamalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik yang dikaji. Walaupun demikian, sikap guru didapati positif dalam amalan pembelajaran koperatif dan menyumbang kepada perlaksanaan amalan pembelajaran koperatif di dalam kelas. Sebagai kesimpulan, amalan kaedah pembelajaran koperatif boleh dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya sekiranya aspek yang boleh menjejaskan pengamalannya di atasi dan aspek yang menyumbang kepada perlaksanaannya dipertingkatkan. |
---|