Proses pembinaan modul Pro-Mc Physics fasa analisis dan reka bentuk bagi model reka bentuk pengajaran ADDIE

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang pembinaan modul Pro-Mc Physics berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE. Modul berasaskan web ini dibina bagi membantu meningkatkan pencapaian kemahiran penyelesaian masalah Fizik di kalangan pelajar Fizik di peringkat universiti dengan me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saim, Nurshamela, Ali, Marlina, Ibrahim, Nor Hasniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/62108/1/MarlinaAli2015_ProsesPembinaanModulPro-McPhysics.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang pembinaan modul Pro-Mc Physics berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE. Modul berasaskan web ini dibina bagi membantu meningkatkan pencapaian kemahiran penyelesaian masalah Fizik di kalangan pelajar Fizik di peringkat universiti dengan memfokuskan kepada topik Mekanik. Dalam kajian ini, pembinaan modul ini adalah berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE. Ini kerana kelebihannya berbanding dengan model yang lain seperti model ADDIE, model ASSURE, model Dick & Carey, model Hanaffin & Peck serta model waterfall. Akronim ADDIE membawa maksud bagi setiap fasanya iaitu 1) analisis, 2) reka bentuk, 3) pembangunan, 4) pelaksanaan dan 5) penilaian. Walau bagaimanapun, dalam kertas kerja ini hanya dua fasa sahaja yang akan dibincangkan iaitu fasa analisis dan reka bentuk. Berdasarkan pandangan beberapa pakar yang diperolehi, mereka mencadangkan modul berasaskan web yang dibangunkan mestilah mempunyai unsur-unsur interaktif serta penggunaan warna dan tulisan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap pengetahuan pengguna. Dapat disimpulkan berdasarkan fasa pertama dan kedua yang dilalui ini memberikan banyak input kepada penyelidik dalam membina sebuah modul berasaskan web yang baik dan menepati kehendak pengguna.