Summary: | Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwama kelabu, berlipat-lipat yang terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal kepintaran. Melalui perkembangan masa, otak telah dibandingkan dengan pelbagai bahan. Pada zaman dahulu, otak dikatakan sebagai kotak suis telefon. Kebelakangan ini, manusia sentiasa membandingkannya dengan komputer. Ada yang menyatakan ianya lebih baik dari komputer. Tidak kurang juga yang menyatakan sebaliknya.
|