Summary: | Perkembangan kognisi setiap individu telah bermula sejak dalam kandungan lagi, sehinggalah ia dilahirkan. Kelahiran bayi dan perkembangannya sangat dipengaruhi oleh dunia sosial di mana bayi atau kanak-kanak itu berada, baik dalam lingkungan keluarga, teman sebaya, sekolah dan sekitarannya. Secara umum, kognisi itu sendiri bermaksud proses berfikir. Proses berfikir sangat penting bagi setiap individu. Dengan berfikir segala maklumat diproses untuk digunakan dalam setiap tingkah laku dan tindakan yang diambil ketika berinteraksi dengan sekitarannya. Menurut Kamus Dewan (1996:691), kognisi ialah proses mental untuk mentafsir, memahami dan mempelajari sesuatu. Menurut pandangan pakar-pakar perspektif kognitif, Mahmood Nazar Muhamed (1990:23) manusia ialah binatang yang rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah mereka.
|