الملخص: | Tujuan kajian ini adalah untuk menegenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate Universiti Teknologi Malaysia, Johor dan membandingkan ukuran komposisi badan diantara atlet lelaki dan perempuan. Subjek yang terlibat seramai 8 orang iaitu 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Ujian yang digunakan ialah pengukuran tinggi dan berat, ujian lipatan kulit, pengukuran lilitan lengan atas dan betis dan pengukuran diameter tulang humerus dan tulang femur. Analisis data untuk kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan perisian Computer Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 dan Microsoft Excel 2003. Ujian-t digunakan bagi analisis statistik dalam membandingkan ukuran komposisi badan bagi atlet lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu atlit mengetahui ciri-ciri dan bentuk tubuh badan mereka serta dapat menjalankan latihan mengikut keperluan tubuh badan mereka yang telah dikenalpasti samada ektomorf, mesomorf dan endomorf.
|