Kajian tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008 serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan di antara ujian pra dengan ujian pos yang telah dijalankan. Beberapa ujian dilakuka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Muhamad Hafiz, Ismail, Rahimi
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlit badminton SUKMA Johor 2008 serta mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan pada komponen kecergasan di antara ujian pra dengan ujian pos yang telah dijalankan. Beberapa ujian dilakukan bagi mengukur komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu Ujian PACER (Multistage Fitness Test), Ujian Tekan tubi, Ujian Curl-Up, Ujian Trunk-Lift dan Ujian Skinfold bagi mengumpul data pra dan pos kajian. Subjek adalah terdiri daripada 4 orang atlit badminton yang berumur antara 14 hingga 20 tahun. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian program komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0. Ujian-t digunakan bagi mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Jangkaan dapatan kajian kemungkinan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan pemain badminton SUKMA Johor dengan nilai p > 0.05 melebihi aras signifikan yang ditetapkan.