Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah bandar Tangkak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah harian bandar Tangkak dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Persampelan kajian terdiri daripada 178 orang guru daripada ti...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ghazali, Nursuhaila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/6581/1/NursuhailaGhazaliMFP2007.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah harian bandar Tangkak dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Persampelan kajian terdiri daripada 178 orang guru daripada tiga buah sekolah tersebut. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik kajian ini ialah “Multifactor Leadership Questionnaire� (MLQ). Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach .9575. diperolehi daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap 22 orang guru. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 11.5 dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA Sehala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua-pengetua sekolah menengah bandar Tangkak adalah tinggi dan semua dimensi kepimpinan transformasi yang dikaji juga menunjukkan nilai min yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi amalan kepimpinan transformasioanal yang signifikan dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina, umur, dan pengalaman mengajar namun terdapat berbezaan yang dignifikan berdasarkan kaum responden.