Persepsi guru-guru sekolah rendah di Johor Bahru terhadap pelaksanaan program headcount dalam pengurusan akademik pelajar

Headcount merupakan suatu program baru dalam pengurusan data markah murid untuk mengenal pasti pencapaian akademik setiap murid. Program ini telah menjadi popular di sekolah rendah dan sekolah menengah di Johor. Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru di sekolah rendah terhadap...

תיאור מלא

מידע ביבליוגרפי
מחבר ראשי: Chong, Peng Hwa
פורמט: Thesis
שפה:English
יצא לאור: 2007
נושאים:
גישה מקוונת:http://eprints.utm.my/6582/1/ChongPengHwaMFP2007.pdf
תיאור
סיכום:Headcount merupakan suatu program baru dalam pengurusan data markah murid untuk mengenal pasti pencapaian akademik setiap murid. Program ini telah menjadi popular di sekolah rendah dan sekolah menengah di Johor. Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru di sekolah rendah terhadap pelaksanaan Headcount. Penyelidikan ini melibatkan responden seramai 100 orang guru dari sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mana ia mengandungi 32 item. Nilai kebolehpercayaan (apha Cronbach) bagi kajian ini adalah 0.92. Objektif penyelidikan ini adalah mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan Headcount, pihak pengurusan, ibu bapa dan murid. Data yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Scienceâ€? (SPSS) for Window Version 10. Analisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Selain itu, kajian kumpulan fokus, temubual dan analisis dokumen juga digunakan sebagai kaedah untuk mendapat maklumat sokongan. Hasil kajian mendapati guru-guru menyokong pelaksanaan Headcount, pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat pencapaian murid, tahap kefahaman ibu bapa adalah lemah terhadap Headcount dan murid kurang menghayati fungsi Headcount. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan kualiti pengurusan akademik murid.