Tinjauan orientasi matlamat pencapaian matematik pelajar Malaysia: aplikasi pengukuran Rasch
Motivasi merupakan konstruk pembelajaran penting yang bertindak sebagai pencetus, penggerak dan pemangkin kepada perlakuan pencapaian seseorang. Orientasi matlamat pencapaian pula merupakan salah satu pembolehubah motivasi yang berkisarkan kepada tujuan dan matlamat pembelajaran dalam situasi pembel...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
UTM
2016
|
Subjects: |
Summary: | Motivasi merupakan konstruk pembelajaran penting yang bertindak sebagai pencetus, penggerak dan pemangkin kepada perlakuan pencapaian seseorang. Orientasi matlamat pencapaian pula merupakan salah satu pembolehubah motivasi yang berkisarkan kepada tujuan dan matlamat pembelajaran dalam situasi pembelajaran tertentu. Memandangkan Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran disebabkan sifat semulajadinya dan ditambah lagi dengan tekanan penilaian maka kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan apakah jenis orientasi matlamat pencapaian yang digunapakai pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan ke atas 976 orang pelajar sekolah menengah daripada 20 buah sekolah terpilih di Malaysia. Achievement Goal Questionnaire digunakan sebagai instrument pengukuran dan data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch bagi melihat corak penggunaan orientasi matlamat pencapaian Matematik pelajar. Hasil analisis mendapati bahawa jenis orientasi matlamat pencapaian yang mencatatkan nilai pengukuran tertinggi ialah orientasi matlamat masteri diikuti orientasi matlamat pendekatan-prestasi. Sementara itu, orientasi matlamat pengelakan-prestasi mencatatkan nilai min terendah. Kajian ini memberi implikasi bahawa pelajar cenderung untuk mengguna pakai lebih daripada satu jenis orientasi matlamat pencapaian dalam pembelajaran Matematik mereka. |
---|