Penyelesaian masalah dalam dinamik gas

Buku ini bertujuan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kajian aliran bendalir boleh mampat. Buku ini memberikan contoh secara menyeluruh mengenai permasalahan kajian aliran bendalir boleh mampat yang dikenali sebagai Dinamik Gas. Bagaimanapun, penumpuan buku ini diberikan t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri
Format: Book
Published: Penerbit UTM 2001
Subjects:
Description
Summary:Buku ini bertujuan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kajian aliran bendalir boleh mampat. Buku ini memberikan contoh secara menyeluruh mengenai permasalahan kajian aliran bendalir boleh mampat yang dikenali sebagai Dinamik Gas. Bagaimanapun, penumpuan buku ini diberikan terhadap aliran bendalir boleh mampat satu dimensi sahaja. Buku ini amat sesuai untuk kegunaan pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Selain daripada itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal di institut pengajian tinggi juga boleh menggunakan buku ini terutama mereka yang mengambil mata pelajaran mesin turbo. Buku ini membincangkan permasalahan yang lazim ditemui dalam bidang dinamik gas seperti aliran isentropik, aliran dengan gelombang kejutan normal, aliran satu dimensi dengan geseran, aliran satu dimensi dengan penambahan atau pengurangan haba, aliran kuasi satu dimensi, aliran dengan gelombang kejutan serong dan aliran pengembangan Prandtl-Meyer. Walaupun, banyak lagi perkara yang perlu dicakupi dalam bidang ini, fakta yang disentuh dalam tujuh bab ini adalah yang selalu ditemui dalam bidang dinamik gas. Dalam permasalahan aliran dengan gelombang kejutan normal, masalah aliran gelombang kejutan yang bergerak juga diselitkan. Walaupun kajian permasalahan ini adalah lebih rumit, tetapi penulis merasakan ia perlu dibincangkan di sini untuk memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai permasalahan tersebut.