Jadual dinamik gas

Buku ini ialah lanjutan daripada buku Jadual Aliran Boleh Mampat Satu Dimensi yang diterbitkan pada tahun 1999. Buku ini memaparkan beberapa perubahan yang menjadikannya lebih mantap dan sesuai digunakan dalam menyelesaikan masalah dinamik gas. Buku ini dilengkapkan dengan dua lagi komponen penting...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri
Format: Book
Published: Penerbit UTM 2006
Subjects:
Description
Summary:Buku ini ialah lanjutan daripada buku Jadual Aliran Boleh Mampat Satu Dimensi yang diterbitkan pada tahun 1999. Buku ini memaparkan beberapa perubahan yang menjadikannya lebih mantap dan sesuai digunakan dalam menyelesaikan masalah dinamik gas. Buku ini dilengkapkan dengan dua lagi komponen penting dalam bidang dinamik gas iaitu Lengkung Ciri Gelombang Kejutan Serong dan Fungsi Prandtl Meyer dan Sudut Mach. Buku ini digunakan secara meluas untuk pengkajian aliran boleh mampat atau dalam istilah lain Dinamik Gas. Selain pelajar Kejuruteraan Aeronautik, pelajar Kejuruteraan Mekanikal juga boleh menggunakan buku ini sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Mekanik Bendalir yang melibatkan pengkajian aliran boleh mampat. Buku ini juga boleh digunakan oleh para jurutera yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan ciri ciri dinamik gas. Bidang dinamik gas juga amat penting bagi pengkajian mengenai aliran berhalaju tinggi seperti aliran subsonik tinggi, transonik, supersonik dan seterusnya hipersonik.