Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah johor bahru merentas jantina

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 170 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Ujian pencapaian Tinja...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Daud, Zaiton, Noordin, Shaharom
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2008
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/7680/1/P45-Shahrom.pdf
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 170 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Ujian pencapaian Tinjauan Pencapaian Fizik (TPF) yang mengandungi dua (2) item soalan dalam tajuk Kinematik digunakan untuk mendapat maklumat tentang status pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik. Hasil kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah rendah. Ujian statistik Khi-kuasa dua (?2) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti dari segi tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik merentas jantina pada aras keertian a = .05. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa penerapan kemahiran saintifik yang merupakan domain yang diberi penekanan dalam Kurikulum Fizik yang disemak semula kurang berjaya dilaksanakan di sekolah serta pelajar juga belum mampu menguasai dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam tajuk Kinematik untuk menyelesaikan masalah.