Tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dan mendefinisi secara operasi di kalangan bakal guru kimia

Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Aziz, Ibrahim, Nor Hazniza, Azman, Nurulhamizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/7798/1/p35-Nurul.pdf
Description
Summary:Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi. Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia, di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Johor. Seramai lapan puluh sembilan orang bakal guru daripada setiap tahun pengajian diuji bagi menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah a=0.87. Data mentah yang diperolehi, diproses untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian-t dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis berada di tahap baik sementara Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi berada di tahap yang sederhana sahaja. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang signifikan bagi pelajar tahun akhir pendidikan kimia yang diuji