Pengesanan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh pelajar tingkatan enam dalam pembelajaran koperatif: satu kajian kes
Satu penilaian kuantitatif dijalankan untuk mengesan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh responden dalam pembelajaran pendekatan koperatif dalam aktiviti praktikal Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Responden kajian adalah terdiri daripada 27 orang pelajar yang mengikuti su...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/7905/1/EDUPRES_%28F2%29_9.pdf |
Summary: | Satu penilaian kuantitatif dijalankan untuk mengesan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh responden dalam pembelajaran pendekatan koperatif dalam aktiviti praktikal Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Responden kajian adalah terdiri daripada 27 orang pelajar yang mengikuti subjek Biologi STPM. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan dan kecenderungan bagi aras kecerdasan pelbagai yang paling tinggi sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah kecerdasan logikmatematik dan perubahan kecenderungan kecerdasan pelbagai yang paling ketara adalah kecerdasan verbal-lingustik. Min keseluruhan bagi ketujuh-tujuh kecerdasan pelbagai selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah dalam lingkungan skel 2.5 hingga 3.0. Langkah-langkah akan disusulkan untuk mengaitkan kecerdasan pelbagai dengan kemahiran generik bersama pengetahuan subjek yang spesifik dalam konteks pembelajaran pendekatan koperatif. |
---|