The implementation of internationalization of higher education in malaysian public higher education instituitions

Pengantarabangsaan telah menjadi salah satu agenda dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi membolehkannya bersaing di peringkat global. Pengantarabangsaan IPT merupakan satu proses mengintegrasikan dimensi antarabangsa dalam ketiga-tiga elemen utama pendidikan tinggi iaitu penyelidikan, pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Yusof, Sanitah, Sidin, Zaitun
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/7913/1/EDUPRES_%28F3%29_4.pdf
Description
Summary:Pengantarabangsaan telah menjadi salah satu agenda dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi membolehkannya bersaing di peringkat global. Pengantarabangsaan IPT merupakan satu proses mengintegrasikan dimensi antarabangsa dalam ketiga-tiga elemen utama pendidikan tinggi iaitu penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan (Knights, 1994, 1995,1997). Kajian literatur mendapati konsep pengantarabngsaan dapat dijelaskan melalui empat pendekatan iaitu pendekatan proses, aktiviti, kemahiran dan rasional (Maria, 2004). Selain itu juga kajian lalu mendapati bahawa pelaksanaan pengantarabangsaan melalui dua strategi iaitu strategi program dan strategi organisasi (Knights and De Wit, 1995). Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pelaksanaan pengantarabangsaan dalam konteks Institusi Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai konsep dan strategi pengantarabangsaan IPTA di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa strategi pengantarabangsaan yang digunakan oleh IPTA tidak seharusnya menepati penanda aras (KPI) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.