Pembinaan dan penilaian sistem pengurusan pangkalan data (dbms) serta sistem sokongan disiplin murid sekolah berasaskan web (sisdisp)

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu dan peristiwa berhubung dengan pertikaian mengenai wujudnya penyelewengan tindakan dan pengurusan disiplin murid yang tidak mengikut prosedur dan peraturan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran telah dipaparkan di surat akhbar tempatan dan media massa. Kejad...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tey, Kien Huat, Shariffudin, Rio Sumarni
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Description
Summary:Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu dan peristiwa berhubung dengan pertikaian mengenai wujudnya penyelewengan tindakan dan pengurusan disiplin murid yang tidak mengikut prosedur dan peraturan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran telah dipaparkan di surat akhbar tempatan dan media massa. Kejadian seperti menggunting tudung 65 orang murid di salah sebuah sekolah menengah di Temerloh merupakan satu tindakan yang tidak wajar, demikian kata Datuk Seri Najib Tun Razak (The Star, 26 Februari 2006). Kejadian seperti murid perempuan diminta menyelak kain (Akhbar NST, 10 Oktober 2006). Manakala dalam satu program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) di Taiping yang dihadiri oleh seramai 150 pengetua dan guru besar serta wakil dari sekolah-sekolah menengah dan rendah telah menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan panduan misalnya dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah kerana kekurangan sumber maklumat. (Utusan Malaysia, 23 Februari 2005). Lantaran itu, satu sistem pengurusan disiplin murid yang dibekalkan dengan sistem sokongan dan panduan terhadap tindakan disiplin dengan berasaskan web yang mudah dicapai perlu diwujudkan bagi membolehkan semua pihak khasnya Pengetua, guru disiplin, para guru, ibu bapa dan murid mendapat maklumat secara cepat, tepat dan berkesan.