Summary: | Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan tidak para sahabat lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW ketika era penurunan wahyu. Namun, nasikh dan mansukh menjadi perkara penting yang membongkarkan kebenaran Islam dan kesesatan kepercayaan Yahudi dan nasrani. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 104-110) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lima aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia, iaitu adab berkata-kata sahabat dengan Rasulullah SAW, adab tidak meminta dan mempersoalkan hukum hakam yang difardukan oleh Islam, nasakh dan persoalan, larangan menyerupai orang kafir dalam bentuk perbuatan, percakapan, dan amalan, serta ingatan Allah SWT kepada umat Islam terhadap Yahudi berkaitan dengan agama Islam.
|