Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian

Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian merupakan Siri 3 Buku Amalan Harian yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jasmi, Kamarul Azmi
Format: Book
Language:English
English
Published: Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/86228/1/KamarulAzmiJasmi2020_TahlilDoaArwah%28TDA%29.Cover.pdf
http://eprints.utm.my/86228/2/KamarulAzmiJasmi2020_TahlilDoaArwah%28TDA%29.LengkapWeb.pdf
Description
Summary:Tahlil dan Doa Arwah: Amalan Warid daripada al-Quran dan Sunah. Siri 3. Siri Buku Amalan Harian merupakan Siri 3 Buku Amalan Harian yang dikeluarkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tujuan dijadikan amalan harian yang sangat berguna bagi umat Islam. Buku ini menyenaraikan bacaan bacaan Tahlil dan Doa Arwah (TDA) yang boleh diamalkan untuk amalan diri atau amalan yang boleh disedekah pahalanya kepada arwah umat Islam khususnya buat ibu bapa dan keluarga yang sudah meninggal dunia. Bacaan TDA ini merupakan amalan yang terkandung dalamnya bacaan surah dan potongan ayat al-Quran yang khusus, istighfar, zikir, tahlil, tasbih serta salawat yang amat digalak kepada setiap individu Muslim bagi mengamalkannya. ketika majlis khusus atau umum. Hal ini disebabkan suruhan dan galakan dengan ganjaran yang sangat besar dinyatakan sendiri oleh junjungan Rasulullah SAW. Terdapat 24 bacaan yang terdiri daripada TDA1-TDA24. Hujah terhadap amalan ini dikemukakan untuk memberikan keyakinan yang mendalam kepada individu agar dapat mengamalkan himpunan TDA ini tanpa ragu-ragu. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai panduan dan bacaan pada majlis khusus atau umum. Selain itu, buku ini juga dapat dijadikan sebagai bahan untuk didikan kepada anak-anak agar mereka juga dapat mengamalkannya amalan ini dalam kehidupan mereka. Pengamalan TDA dalam kalangan umat Islam diharap dapat meningkat dan mengukuhkan rohani mereka di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya. Semoga umat Islam dapat meraih pahala dan kejayaan di dunia dan akhirat melalui amalan ini.