الملخص: | Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan lima kaedah pengurusan konflik yang dikemukakan dalam model Thomas-Kilmann, iaitu gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Populasi kajian adalah 88 orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden. Bagi menganalisis dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan, iaitu statistik deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi untuk pengujian hipotesis, iaitu menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang paling digemari manakala gaya persaingan adalah gaya pengurusan yang paling kurang digemari. Data daripada pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru.
|