Summary: | Pengoksidaanfoto benzena fasa gas menggunakan saput tipis TiO2 yang disinari lampu ultralembayung telah dikaji. Saput tipis ini disediakan melalui kaedah celup angkat menggunakan
sol-gel TiO2. Tindak balas yang sama juga telah dijalankan menggunakan saput ti pis TiO2 yang didop dengan Cu2+ dan Fe3+ dengan nisbah mol TiO2 terhadap ion logam 1:0.005, 1:0.001, 1:0.0005 dan 1:0.0003. Hasil kajian menunjukkan mangkin TiO2 dengan pancaran cahaya UV (354 nm)
mendegradasikan gas benzena sebanyak 90% dalam masa 55 minit. Walau bagaimanapun penambahan ion Fe3+ dengan nisbah 1:0.0005 meningkatkan peratus degradasi benzena kepada
98% dalam masa 55 minit, sebaliknya penambahan Cu2+ memberikan kesan negatif kepada aktiviti foto TiO2. Kajian juga memperolehi satu nilai optimum dengan aktiviti pemangkinan adalah tertinggi bagi kedua-dua ion Fe3+ dan Cu2+. Pengaruh panjang gelombang cahaya ke atas aktiviti foto TiO2 juga telah dikaji dengan menggunakan mangkin TiO2 dop Fe3+ dengan nisbah optimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa degradasi gas benzena meningkat dengan pengurangan tenaga cahaya yang dipancarkan.
|