Pelaksanaan elemen 4C (creativity, collaborative, communication & critical thinking) dalam kalangan guru pendidikan stem berdasarkan model PTPK (pengetahuan teknologi pedagogi kandungan)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) di kalangan guru pendidikan STEM dalam melaksanakan elemen 4C iaitu creativity, collaborative, communication & critical thinking. Elemen 4C merupakan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berteraskan abad ke-21....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sini Mohd., Nur Shahirah, Suhairom, Nornazira
Format: Article
Published: Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PPTVM) 2019
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) di kalangan guru pendidikan STEM dalam melaksanakan elemen 4C iaitu creativity, collaborative, communication & critical thinking. Elemen 4C merupakan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berteraskan abad ke-21. Terdapat lima objektif kajian yang telah dibina bagi keseluruhan penyelidikan ini. Antaranya ialah untuk mengenalpasti Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru pendidikan STEM bagi melaksanakan elemen 4C. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti perbezaan demografi guru pendidikan STEM dari segi jantina, umur dan tempoh pengalaman mengajar dalam melaksanakan elemen 4C berdasarkan model PTPK. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana instrumen kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik dan diedarkan kepada guru pendidikan STEM di sekolah berprestasi tinggi sekitar negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 96 responden. Data analisis bagi kajian ini telah dinilai melalui perisisan SPSS (V22) bagi mendapatkan skor median untuk setiap persoalan kajian dan ujian Mann-whitney dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan demografi terhadap aspek yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan penguasaan guru pendidikan STEM terhadap PTPK adalah baik. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa PTPK di kalangan guru pendidikan STEM adalah penting dan guru perlu menguasai kesemua komponen PTPK dalam memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan berkesan.