Summary: | Falsafah Rukun Islam, berkait dengan Iman dan Ihsan sehingga memberikan kesan terhadap pembinaan individu kepada perubahan kebaikan di dunia dan di akhirat. Kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kurang penghayatan terhadap pengamalan rukun Islam. Rukun Islam hadir bertujuan memandu manusia dalam melaksanakan tujuan hidup sebagai Abid dan Khalifah di atas muka bumi ini dengan tersusun dan memberi kesan perubahan sekeliling. Kefahaman makna terhadap kesaksian syahadah, pengamalam Ibadah yang syumul pada solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji memberikan dampak kepada perubahan individu muslim yang menyeluruh sehingga perubahan tersebut memberikan kesan kepada sebuah keluarga, masyarakat dan Negara seperti yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah SAW. Rujukan yang digunakan dalam kajian ini, sepenuhnya menggunakan kaedah kualitatif, bersumberkan pencarian keperpustakaan terhadap kitab-kitab dan bahan ilmiah. Justeru, kajian ini di harapkan dapat memberikan konsep dan falsafah rukun Islam secara mendalam berdasarkan perkaitannya terhadap Islam, Iman dan Ihsan.
|