Hubungan antara libatsama pekerja dan tingkah laku inovasi pekerja di Organisasi XYZ

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara libatsama pekerja dan tingkah laku inovasi pekerja di Organisasi XYZ. Seramai 62 orang pekerja di Organisasi XYZ daripada lima buah jabatan iaitu pentadbiran, teknologi maklumat, jangkau luar, jangkau dalam dan pameran telah dipilih sebag...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Muhamad Faiz, Hassan, Mohamed Ayyub, Yaacob, Hashim Fauzy, Sarip, Azlineer
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/97514/1/MohamedAyyub2021_HubunganantaraLibatsamaPekerjadanTingkahLaku.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara libatsama pekerja dan tingkah laku inovasi pekerja di Organisasi XYZ. Seramai 62 orang pekerja di Organisasi XYZ daripada lima buah jabatan iaitu pentadbiran, teknologi maklumat, jangkau luar, jangkau dalam dan pameran telah dipilih sebagai responden. Data kajian inidiperoleh melalui edaran soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri demografi responden, libatsama pekerja dan tingkah laku inovasi pekerja. Seterusnya, data tersebut dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap libatsama pekerja dan tahap tingkah laku inovasi pekerja adalah tinggi, manakala hubungan antara libatsama pekerja dan tingkah laku inovasi pekerja di Organisasi XYZ adalah positif dan kuat. Di samping itu, terdapat juga beberapa cadangan yang disediakan kepada pengkaji untuk kajian akan datang.