Wasiat Dan Wisayah: analisis perbandingan dalam perancangan harta pusaka Muslim

Wasiat dan wisayah adalah sebagai instrumen perancangan harta pusaka dalam Islam. Pelaksanaan wasiat banyak dibincangkan dalam kalangan para sarjana dan diaplikasikan dalam industri perancangan harta pusaka di Malaysia. Berbeza pula dengan instrumen wisayah, perkara ini tidak diberi perhatian sewaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Muhamad Muizz, Awang, Abdul Bari, Nor Muhamad, Nasrul Hisyam
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/97811/1/NasrulHisyamNor2021_WasiatdanWisayahAnalisisPerbandingan.pdf
Description
Summary:Wasiat dan wisayah adalah sebagai instrumen perancangan harta pusaka dalam Islam. Pelaksanaan wasiat banyak dibincangkan dalam kalangan para sarjana dan diaplikasikan dalam industri perancangan harta pusaka di Malaysia. Berbeza pula dengan instrumen wisayah, perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya dan masih kurang dibincangkan secara terperinci seperti mana wasiat. Sedangkan wisayah mempunyai mekanisme tersendiri dan turut dibahaskan dalam kitab-kitab fiqh klasik terdahulu. Justeru, artikel ini akan membincangkan persamaan dan perbezaan wasiat dan wisayah yang berkait rapat dengan pelaksanaan perancangan harta pusaka di Malaysia. Penulis menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan dari kitab-kitab fiqh, artikel jurnal, prosiding, statut undang-undang sivil dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Melalui kajian terdahulu yang telah dijalankan, kajian ini akan memberi fokus kepada pelaksanaan wasiat dan wisayahdi Amanah Raya Berhad (ARB) untuk memahami konsep kedua-dua instrumen ini dengan lebih jelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wasiat dan wisayah mempunyai beberapa persamaan seperti melibatkan pelantikan wasi, tujuan pensyariatan, pembatalan dan penamatan akad, dan hubungkait kedua-duanya dengan undang-undang sivil. Manakala dari sudut perbezaan adalah pada rukun dan syarat, penjagaan terhadap kanak-kanak bawah umur, pemberian harta amanah dengan kadar 1/3, keizinan wasiat kepada ahli waris, Akta dan Enakemen, dan fleksibel dalam perancangan harta bercagar. Kedua-dua instrumen ini mempunyai signifikan tersendiri dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam perancangan harta pusaka.