Summary: | Perubahan zaman adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini memberi kesan kepada banyak aspek dalam kehidupan manusia. Begitu juga banyak isu-isu yang timbul selari dengan perkembangan semasa ini yang memerlukan jawapan hukum. Oleh kerana itu, suatu bentuk ijtihad yang bersifat semasa adalah amat diperlukan. Justeru, kajian ini akan mengkaji terhadap konsep ijtihad semasa dan keperluannyapada hari ini. Kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif, data-data perpustakaan diguna sepenuhnya dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian telah menggariskan konsep ijtihad semasa, bentuk, keperluan dan pendekatannya. Ia suatu yang penting untuk digariskan dalam melakukan ijtihad semasa khususnya dalam konteks Malaysia.
|