Hubungan majikan dan pekerja dari perspektif Islam

Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan sesama manusia, individu dan masyarakat, pekerja dan majikan, rakyat dan pem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Jusoh, Wan Ali
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/9889/1/WAliWJusoh2002_HubunganMajikandanPekerjadariPerspektifIslam.pdf
Description
Summary:Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan sesama manusia, individu dan masyarakat, pekerja dan majikan, rakyat dan pemimpin dan seterusnya. Apa yang lebih istimewa dan menarik dalam sistem Islam ialah setiap bentuk perhubungan tersebut melibatkan dua dimensi iaitu tidak terlepas dari hubungannya dengan Khaliq dengan makhluk sarna ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam erti kata lain setiap hubungan yang baik antara manusia sesama manusia adalah termasuk dan diiktiraf sebagai sebahagian dari urusan ibadat yang diperintah Allah dan akan mendapat ganjaran secara langsung atau tidak langsung dari-Nya. Demikianlah apabila baik hubungan manusia dengan Tuhan-nya ia akan membawa kesan yang baik dalam kehidupan seharian di dunia iaitu dalam konteks hubungan mereka antara sesama manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain meliputi fauna, flora dan lain-lain