Summary: | Teknologi maklumat (IT) kini terus bergerak ke hadapan serta berjaya mempengaruhi dan menerajui perkembangan untuk pembangunan negara. Selain penglibatan teknologi maklumat dalam bidang perindustrian atau bidang pembuatan, ia juga diaplikasikan dengan menyeluruh dalam pengurusan sesebuah organisasi. Kertas kerja ini membentangkan kepada pembaca mengenai peranan IT kepada organisasi, pengaruh perkembangan teknologi kepada IT, kesan IT kepada organisasi dan seterusnya bagaimanakah IT boleh diaplikasikan dalam sesebuah organisasi. Kertas kerja ini juga menerangkan bagaimanakah sesebuah organisasi itu boleh menuju ke era globalisasi melalui pengunaan IT dan menerangkan serba sedikit mengenai aspek pencerobohan IT
|