Summary: | lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan antara institusi yang memainkan peranan penting dalam memenuhi dasar pendidikan negara dan lebih khusus lagi dalam menjamin kejayaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. IPTA merupakan sebuah badan berkanun persekutuan yang
ditubuhkan tertakluk kepada akta tubuhlinduk yang memperbadankannya dan berfungsi mengikut tujuannya.Sebagai sebuah badan berkanun, IPTA dan staf IPTA tertakluk kepada Akta Universiti & Kolej Universiti 1971(AUKU) dan Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib & Surcaj] 2000 (Akta 605) sebagai undang-undang utama.Secara praktis, IPTA masih lagi tertakluk kepada dasar-dasar Jemaah Kabinet (pihak berkuasa persekutuan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).lsunya adalah sejauhmana IPTA sebagai sebuah badan berkanun tertakluk kepada
Jemaah Kabinet (pihak berkuasa persekutuan), KPM dan JPA ? Kertas akademik ini akan menganalisis kuasa dan otoriti IPTA sebagai sebuah badan berkanun, had-had dan isu-isu yang timbul.Kertas kerja ini akan mengkaji undang-undang yang sedia ada bagi mengenalpasti kuasa dan had IPTA, isu, cabaran dan prospek bagi memperkasakan IPTA itu sendiri dalam mendepani cabaran dunia global-SCOPUS-IS1
dan hak-hak staf yang semakin kompetitif.Metodologi yang digunakan adakah berdasarkan kajian perpustakaan berpandukan kepada analisa undang-undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes undang-undang terpakai ke atas IPTA.
|