Ketelusan di dalam tadbir urus institusi zakat

Isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat agak membimbangkan. Tadbir urus zakat yang tidak telus didakwa sebagai satu daripada faktor penyumbang terhadap permasalahan yang dihadapi. Justeru itu, kajian ini berhasrat untuk mengenal pasti pembentukan tadbir urus zakat yang ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Hussain, Md Hairi, Md. Idris, Kamil, Saad, Ram Al Jaffri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10438/1/Ketelusan%20di%20dalam%20tadbir%20urus%20institusi%20zakat.pdf
Description
Summary:Isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah terhadap institusi zakat agak membimbangkan. Tadbir urus zakat yang tidak telus didakwa sebagai satu daripada faktor penyumbang terhadap permasalahan yang dihadapi. Justeru itu, kajian ini berhasrat untuk mengenal pasti pembentukan tadbir urus zakat yang baik dengan memberi fokus kepada ketelusan untuk menangani isu yang wujud. Setakat ini, kajian mengenai ketelusan tadbir urus institusi zakat tidak dijalankan secara mendalam dan ini memberi ruang untuk kertas ini memenuhi jurang yang ada. Kertas ini berbentuk konseptual di mana ianya akan mengulas dan membincangkan artikel-artikel yang berkaitan dengan ketelusan, tadbir urus dan zakat. Kemudiannya satu model konseptual akan dibangunkan sebagai cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat. Kertas ini dapat memberikan maklumat tambahan kepada institusi zakat dan membantu institusi tersebut untuk menangani isu keyakinan masyarakat Islam yang rendah. Ini penting agar objektif zakat untuk menegakkan keadilan ekonomi dan sosial dapat dicapai. Kajian ini seterusnya bakal mencetus kajian empirikal di masa hadapan yang berkaitan dengan elemen ketelusan. Ia juga bertindak sebagai satu usaha untuk mengimarahkan penyelidikan di dalam bidang zakat. Hasil penemuan ini adalah relevan dan terpakai kepada Malaysia dan negara¬negara Islam yang lain.