Zusammenfassung: | Bagi kebanyakan organisasi sistem penilaian prestasi
merupakan paradok utama terhadap keberkesanan penilaian
sumber manusia. Dari satu aspek sistem penilaian akan
menyediakan maklumat penting terhadap beberapa aktiviti
kritikal dalam penilaian manusia seperti pengagihan
ganjaran yang melibatkan gaji berasaskan merit, kenaikan
pangkat, maklum balas terhadap keperluan latihan dan
pembangunan. Manakala dari aspek yang lain pelbagai pihak
mempersoalkan ketepatan kebolehpercayaan dan kesahihan
sistem sehingga terpaksa berhadapan dengan pelbagai
tentangan yang menjurus kepada kegagalan organisasi untuk
menggunakan potensi pekerja secara maksimun untuk
keberkesanan organisasi. Dakwaan-dakwaan di atas
membangkitkan pertanyaan kenapa sistem penilaian prestasi
yang berkesan terus kekal sebagai matlamat yang terlalu
sukar untuk dicapai kerana dipengaruhi oleh bias,
pengaplikasian piawai prestasi yang berbeza, tidak konsisten, tidak boleh dipercayai dan kesahihannya terus dipersoalkan. Justeru, artikel ini akan cuba mendedahkan betapa perlunya aspek-aspek keadilan diberi penekanan oleh organisasi bagi berhadapan dengan rantaian permasalahan hasil daripada pelaksanaannya sehingga banyak pihak berpendapat ia merupakan permasalahan yang tiada penyelesaian.
|