Pembuktian kewujudan niat dalam kontrak

Niat merupakan salah satu elemen yang perlu untuk mewujudkan kontrak yang sah.Ini memang termaktub dalam undang-undang kontrak.Namun peruntukan dalam Akta Kontrak 1950 tidak jelas. Tidak terdapat seksyen yang khusus yang merujuk kepada unsur niat. Undang-undang tidak menyatakan kontrak wujud sem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shariff, Roos Niza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11079/1/RosN.pdf
Description
Summary:Niat merupakan salah satu elemen yang perlu untuk mewujudkan kontrak yang sah.Ini memang termaktub dalam undang-undang kontrak.Namun peruntukan dalam Akta Kontrak 1950 tidak jelas. Tidak terdapat seksyen yang khusus yang merujuk kepada unsur niat. Undang-undang tidak menyatakan kontrak wujud semata-mata kerana wujudnya perjanjian antara pihak-pihak.Setiap hari pelbagai bentuk perjanjian dibuat di mana ada di antaranya tidak dimaksudkan untuk menjadikannya kontrak. Berniat mewujudkan kontrak yang sah boleh menjadikan seseorang itu terbuka kepada pendakwaan jika dia tidak memenuhi kontrak tersebut. Kepentingan niat dalam membentuk kontrak yang sah memang jelas, namun membuktikan kewujudannya bukanlah sesuatu yang mudah. Artikel ini membincangkan bagaimana kewujudan niat ditentukan dan dibuktikan.Ini dilihat berdasarkan keputusan kes-kes yang telah diputuskan.Turut dibincangkan juga ialah pembahagian pembuktian niat mengikut jenis-jenis perjanjian dan kesannya ke atas pihak-pihak yang terlibat.Sebelum diakhiri dengan kesimpulan, akan diutarakan pendapat beberapa orang penulis mengenai pembuktian kewujudan niat dalam kontrak.