Summary: | Penilaian adalah kunci utama dalam menentukan
kualiti dan kebolehgunaan sesuatu sistem. Penilaian merupakan proses sistematik mengutip
data untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pengguna untuk memastikan bahawa sistem yang dibina adalah berguna serta memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.Dengan itu, kajian ini adalah berkaitan penilaian kebolehgunaan antara muka
sistem panorama VR dalam perkhidmatan lawatan
ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah(PSB), Universiti Utara Malaysia. Kajian kes ini
akan melihat lima aspek kepuasan antara muka pengguna iaitti reakri keseluruhan pengguna
terhadap sistem, skrin, terminologi dan maklumat sistem, pembelajaran dan keupayaan
sistem.Kaedah penilaian yang dilakukan adalah
berdasarkan pandangnn pengguna.Berdasarkan
dapatan kajian daripada borang soal selidik, secara keseluruhannya sistem panorama VR PSB mencapai tahap memuaskan.Ini menunjukkan sistem tersebut merupakan salah satu media
komunikasi visual yang memuaskan pengguna selaras dengan perkembangan maklumat di hujung
jari.
|