Summary: | Malaysia merupakan salah satu negara yang pesat membangun dari sektor pembinaan.Selepas
kemelesetan ekonomi berakhir, industri pembinaan semakin sibuk dan menunjukkan pertumbuhan yang pesat dengan bantuan teknologi terkini dan pembinaan yang maju. Walaupun secangih mana bangunan itu dihasilkan, struktur sesebuah bangunan pasti tidak terlepas daripada kerosakan dan masalah kecacatan.Disebabkan masalah tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu-isu kecacatan bangunan dalam penyelenggaraan
kecacatan bukan sahaja memberi kesan kepada
keselamatan , kesihatan dan keselesaan pelanggan , tetapi juga akan menjejaskan rupa dan estetika bangunan.Dengan mengenalpasti isu kecacatan yang berlaku, langkah-langkah terbaik boleh diambil untuk mengurangkan kecacatan daripada berulang.
|