Pendekatan kontraktor untuk mengatasi masalah kenaikan harga bahan mentah

Pengawalan kos dalam projek pembinaan adalah sesuatu yang sangat penting selain daripada pengetahuan teknikal dalam industri pembinaan. Kelemahan dalam pengawalan kos boleh mengurangkan margin keuntungan dan menyebabkan kerugian kepada pihak kontraktor.Objektif kajian ini adalah untuk mengen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Yasin, Ezmalissa, Amat, Nurul Farhana, Zulkefli, Nurul Asyikin, Mohd Nawi, Mohd Nasrun, Osman, Wan Nadzri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11667/1/p270.pdf
Description
Summary:Pengawalan kos dalam projek pembinaan adalah sesuatu yang sangat penting selain daripada pengetahuan teknikal dalam industri pembinaan. Kelemahan dalam pengawalan kos boleh mengurangkan margin keuntungan dan menyebabkan kerugian kepada pihak kontraktor.Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor dalam sesuatu projek pembinaan, untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek dan untuk mengenalpasti strategi yang untuk digunakan mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.Kajian ini dijalankan menerusi kajian literatul.Daripada kajian yang dilakukan, didapati kaedah pengawalan kos yang digunakan oleh kontraktor untuk mengawal kos projek pembinaan adalah kaedah untung dan rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap bulan, kaedah untung atau rugi berasaskan kepada bayaran pada setiap elemen, peringkat dan kaedah keseluruhan.Faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh kontraktor dalam menentukan margin keuntungan sesuatu projek pula adalah keadaan pasaran semasa, kerumitan projek, tahap risiko, jenis projek, inflasi, beban kerja semasa, tempoh penyiapan dan tahap persaingan.Strategi yang digunakan kontraktor bagi mengurangkan risiko kewangan projek pembinaan.