Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpati pandangan-pandangan Pegawai Kebajikan Masyarakat di Negeri Kedah terhadap tiga isu penempatan kanak-kanak iaitu penempatan etnik yang berbeza, umur yang sesuai untuk diangkat dan hubungan dengan keluarga kandung selepas penampatan.Seramai II pegawai telah terlibat dalam kajian ini.Data dikumpul melalui borang
soal selidik, temubual secara bersemuka clan
menerusi telefon.Kajian ini mendapati secara umumnya, kebanyakan responden menunjukkan nilai kerja sosial yang selaras dengan trend perkembangan kebajikan kanak-kanak di peringkat global.Namun demikian, isu-isu kepentingan terbaik kanak-kanak dan agama telah disentuh oleh responden dan menyebabkan
tidak wujud kata sepakat yang jelas tentang
isu penempatan etnik yang berbeza ini.Kajian
turut mendapati majoriti responden bersetuju bahawa semakin meningkat usia seorang kanak-kanak, semakin sukar kanak-kanak itu ditempatkan dengan jayanya.Ramai di antara mereka juga bersetuju agar hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa kandung dalam proses penempatan diteruskan.Dalam masa yang sama, mereka turut menyatakan kebimbangan mengenai kesan hubungan antara kanak-kanak dengan keluarga kandung terhadap keluarga angkat atau pelihara dan juga kesan terhadap anak tersebut.
|