Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman

Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman merupakan asas yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t nikmat dan ilmu pengetahuan.Hal ini demikian menja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamid, Rosnaaini, Abdullah, Suhanim, Abdullah, Syahrul Faizaz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11690/1/Ros.pdf
Description
Summary:Pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman merupakan asas yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t nikmat dan ilmu pengetahuan.Hal ini demikian menjadikan beliau seorang yang sangat bersyukur dengan segala pemberian Allah s.w.t. Manakala dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim Kepada anak-anaknya. Kajian ini di jalankan untuk mengetahui garis panduan akhlak ibu bapa dan tanggungiawab yang baik dalam mengasuh anak-anak seperti yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan surah Luqman.Data-data kajian dikumpul dengan menggunakan metodologi penafsiran ayat-ayat al-Quran iaitu tafsir bi al-ma'thur dan tafsir bial-ra'yi.Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqmun terdiri daripada pendidikan akhlak ibu bapa, pendidikan akidah, pendidikan solat dan pendidikkan akhlak anak-anak.Pendidikan anak-anak yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cabaran semasa.Implikasi kajian mencadangkan satu silibus baru dalam pendidikun anak-anak kepada semua lapisan masyarakat.