Summary: | Kertas ini mengkaji hubungan jangka panjang antara dasar fiskal dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Indonesia antara tahun 1970-2005.Kewujudan hubungan jangka
panjang ini disahkan oleh ko-integrasi kedua-duanya melalui pendekatan autoregrasi lat tertabur (ARDL) yang diperkenalkan oleh Pesaran et al. (2001).Dua penemuan utama diperolehi bagi Malaysia dan Indonesia.Pertama, dalam jangka panjang wujudnya impak yang positif dan signifikan perbelanjaan kesihatan, pendidikan, aggregat perbelanjaan kerajaan dan aggregat pembolehubah fiskal lain ke atas pertumbuhan ekonomi.Kedua, perbelanjaan pertahanan tidak memberi kesan yang signifikan ke atas
pertumbuhan ekonomi, manakala pencukaian pengherotan dan imbangan belanjawan memberi kesan yang signifikan dan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.Berasaskan penemuan
kajian, keseluruhannya wujud ko-integrasi hubungan jangka panjang di antara dasar fiskal
dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan Indonesia.
|