Kajian hubungan antara pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap prestasi keselamatan di sebuah syarikat swasta

Kajian ini telah dijalankan untuk mengukur hubungan antara pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap prestasi keselamatan dengan menggunakan sebanyak 152 sampel yang boleh guna dikumpulkan dari pekerja-pekerja di sebuah syarikat swasta. Hasil dari analisa menggunakan perisian komputer...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ridzuan, Ahmad Azan, Ismail, Zamri, Kadir, Mohd Juraimy, Ungku Zahar, Ungku Azly, Yahya, Mohd Nor, Jumain, Nur Atiqah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11829/1/2.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk mengukur hubungan antara pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terhadap prestasi keselamatan dengan menggunakan sebanyak 152 sampel yang boleh guna dikumpulkan dari pekerja-pekerja di sebuah syarikat swasta. Hasil dari analisa menggunakan perisian komputer SPSS versi 16.0 mendapati tiga penemuan penting iaitu: pertama, kepimpinan keselamatan terdapat hubungan yang signifikan dengan prestasi keselamatan.Kedua, penglibatan pekerja terdapat hubungan yang signifikan dengan prestasi keselamatan. Ketiga, tekanan kerja terdapat hubungan yang signifikan yang negatif dengan prestasi keselamatan.Secara statistiknya didapati keputusan ini menunjukkan bahawa syarikat swasta tersebut telah mengamalkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja dan tekanan kerja) yang berkesan telah berjaya meningkat prestasi keselamatan yang dirancang.Selanjutnya, perbincangan, implikasi dan rumusan akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam kertas kerja ini.