Skim Guru Cemerlang Malaysia: Keupayaan menjana sumbangan guru terhadap rakan sebaya

Kajian ini meninjau kesan Skim Guru Cemerlang Malaysia sebagai satu skim kenaikan pangkat dan ganjaran kepada guru dalam meningkatkan keupayaan Guru Cemerlang dalam menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka kepada rakan sebaya. Kaedah temubual dilaksanakan melibatkan orang Guru Cemerlang di Ne...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saidin, Khaliza, Osman, Rafisah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12702/1/Kha.pdf
Description
Summary:Kajian ini meninjau kesan Skim Guru Cemerlang Malaysia sebagai satu skim kenaikan pangkat dan ganjaran kepada guru dalam meningkatkan keupayaan Guru Cemerlang dalam menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka kepada rakan sebaya. Kaedah temubual dilaksanakan melibatkan orang Guru Cemerlang di Negeri Kedah. Data dianalisa menggunakan NVIVO 9 dengan mengenalpasti tema mengikut kategori.Dapatan kajian melaporkan yang Guru Cemerlang telah memainkan peranan serta sumbangan dari sudut ilmu kepakaran dan kemahiran mereka kepada rakan sebaya samada diperingkat dalaman mahupun luaran sekolah. Dapatan kajian menyokong hasrat kerajaan mewujudkan Skim Guru Cemerlang Malaysia sebagai usaha mengingkatkan kualiti pendidikan Negara menerusi Perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran guru terutama dalam subjek yang diajar. Walaubagaimanapun, dapatan kajian juga berjaya mendedahkan halangan kepada Guru Cemerlang dalam memberikan sumbangan mereka kerana faktor-faktor tertentu yang berjaya dikenalpasti. Kajian ini menyarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka berkongsi kepakaran dan kemahiran mereka dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan Negara.Disamping itu, lebih banyak kajian dimasa hadapan diperlukan bagi meneroka impak Skim Guru Cemerlang Malaysia terhadap pembangunan guru dan pelajar.