Summary: | Budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat merupakan peraturan yang mempengaruhi tata cara berkomunikasi.Begitu juga dengan konteks pengurusan sesebuah organisasi.Budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi turut
mempengaruhi tata cara kakitangan organisasi tersebut berkomunikasi.Sehubungan itu,
kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan dalam aspek budaya komunikasi masyarakat Melayu dan kepuasan komunikasi berdasarkan faktor jantina, umur, tempoh perkhidmatan, keturunan, kelulusan akademik dan juga pendapatan
bulanan.Selain itu juga, kajian ini turut bertujuan untuk meneliti sama ada terdapat
hubungan di antara budaya komunikasi masyarakat Melayu dengan kepuasan komunikasi.Kajian ini juga bertujuan untuk menguji pengukuran budaya komunikasi yang telah dibentuk dalam konteks pengurusan organisasi yang berbeza. Reka bentuk
kuantitatif digunakan dan data dikumpulkan melalui pengedaran soalselidik.Seramai 320 orang responden terlibat dalam kajian ini.Analisis statistik yang digunakan ialah ujian-t, ujian ANOVA Sehala, Korelasi Pearson dan analisis persamaan struktural.Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan dimensi yang dikenalpasti dapat mengukur budaya
komunikasi masyarakat Melayu iaitu meliputi dimensi penghormatan, ambil tahu, kesopanan, sindiran, menjaga maruah, dihormati, silaturrahim dan perbincangan.Hasil analisis turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek budaya komunikasi Melayu dan kepuasan komunikasi berdasarkan aspek jantina, umur, tempoh perkhidmatan, keturunan, kelulusan akademik dan juga pendapatan bulanan.Selain itu, analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara budaya komunikasi masyarakat Melayu dengan kepuasan komunikasi.
|