Summary: | Kerajaan Malaysia telah melaksanakan usaha berterusan serta mengadakan pelbagai strategi dan institusi dalam menangani gejala rasuah dan mempromosi integriti di kalangan masyarakat.Walau bagaimanapun, usaha dan strategi yang telah dilakukan masih belum mencukupi untuk membanteras gejala rasuah.Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Transparency International, Corruption Perception Index Malaysia 2013 berada di tempat ke 53 dari 177 buah negara yang dinilai. Dari tahun 2009 sehingga 2011, kedudukan dan indeks Malaysia telah menurun.Pada tahun 2009, indeks Malaysia ialah 4.5 dan pada tahun 2011, indeks Malaysia semakin menurun kepada 4.3. Walau bagaimanapun pada tahun 2012, indeks Malaysia meningkat kepada 4.9 dan tahun lepas (2013)
Malaysia mencapai skor 5.0. Mengapakah senario turun naik ini terjadi? Objektif kajian ini ialah untuk meneliti tren rasuah di Malaysia, menganalisis peruntukan undang-undang yang berkaitan jenayah rasuah dan mengkaji pelaksanaan
penguatkuasaan undang-undang berhubung rasuah di Malaysia.Analisis awal dapatan kajian ini berdasarkan data yang diterbitkan oleh SPRM ke atas tren rasuah dan pelaksanaan undang-undang. Dapatan awal kajian mendapati bahawa penguatkuasaan Akta SPRM 2009 telah mempengaruhi secara positif jumlah siasatan, tangkapan dan sabitan kes rasuah di Malaysia.
|