Pampasan ganti rugi bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia menurut undang-undang Islam dan Takaful

Takaful merupakan suatu institusi yang turut membantu pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia.Di antara objektif penulisan ini ialah salah satunya untuk mengkaji konsep diyah dan dhaman di bawah Undang-undang Islam dan kesesuaian pemakaiannya di dalam takaful dalam kes-kes kemalangan jalan ra...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Khair, Siti Khadijah, Md Dahlan, Nuarrual Hilal, Abdul Wahab, Harlida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13143/1/67.pdf
Description
Summary:Takaful merupakan suatu institusi yang turut membantu pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia.Di antara objektif penulisan ini ialah salah satunya untuk mengkaji konsep diyah dan dhaman di bawah Undang-undang Islam dan kesesuaian pemakaiannya di dalam takaful dalam kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia.Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu rumusan yang sesuai dan sewajarnya mengenai kemungkinan pelaksanaan diyat secara komprehensif khususnya berhubung kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia bagi menjamin keadilan kesemua pihak yang terlibat.Dalam melaksanakan sistem kewangan Islam, pelaksanaannya haruslah selaras dengan prinsip-prinsip Shariah yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah daripada segi matlamat dan operasinya.Secara praktikal, takaful masih menggunapakai prinsip ‘continental skill’ di bawah ‘common law’ dalam penilaian dan taksiran ganti rugi bagi ikhtisar kecederaan diri dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.Bagi pemberian pampasan ganti rugi yang disediakan kepada mangsa yang mengalami kecederaan diri atau kematian akibat kemalangan jalan raya seharusnya berlandaskan prinsip diyat (denda ganti nyawa) iaitu sejumlah pampasan ganti rugi daripada pesalah yang akan dibayar oleh‘aqilahnya iaitu yang datang daripada keluarga pesalah dan dhaman di bawah undang-undang Islam.Akan tetapi, bagi penilaian dan kaedah yang digunapakai dalam pemberian ganti rugi menerusi operasi takaful masa kini perlu diharmonikan dengan prinsip diyat dan dhaman sesuai dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, suatu pendekatan yang boleh dibuat adalah bagi mengharmonikan pemakaian prinsip diyat dan dhaman di dalam pemberian pampasan ganti rugi bagi ikhtisar kecederaan diri atau kematian bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia.