Sistem tribunal di Malaysia: Satu tinjauan

Kewujudan tribunal-tribunal di dalam sesebuah negara dikatakan dapat membantu melicinkan sistem pentadbiran dengan penglibatan pihak pentadbiran sendiri untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam konteks pentadbiran.Badan pentadbir telah mengambil sedikit kuasa atau berkongsi kuasa dengan bada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Romli, Fariza, Md Dahlan, Nuarrual Hilal, Ahmad, Rusniah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13158/1/76.pdf
Description
Summary:Kewujudan tribunal-tribunal di dalam sesebuah negara dikatakan dapat membantu melicinkan sistem pentadbiran dengan penglibatan pihak pentadbiran sendiri untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam konteks pentadbiran.Badan pentadbir telah mengambil sedikit kuasa atau berkongsi kuasa dengan badan kehakiman apabila diberi kuasa untuk membuat keputusan yang melibatkan hak dan juga harta seseorang.Sebagai contoh dalam kes pemecatan pekerja sektor awam.Oleh itu kawalan yang berkesan perlu ada bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa atau melampaui bidang kuasa yang diberikan kepada pihak pentadbiran.Keputusan tribunal yang telus dan adil juga amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.Justeru objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau perkembangan pelaksanaan sistem tribunal di Malaysia, kawalan-kawalan ke atas kuasa yang diberikan serta membandingkan dengan perkembangan sistem tribunal yang berlaku di negara luar seperti di United Kingdom sendiri. Perbincangan dalam kertas kerja ini dapat membantu memantapkan lagi pengurusan sistem tribunal di Malaysia dan mewujudkan bentuk kawalan yang berkesan ke atas sistem tribunal yang ada selaras dengan perkembangan dan pembaharuan yang berlaku di luar negara.