সংক্ষিপ্ত: | Agama adalah cara hidup.Peraturan agama yang terdiri daripada suruhan dan tegahan mempunyai hikmah yang tersendiri di mana ia membentuk cara hidup yang baik dan tersusun sehingga menjadi ummah terbaik (wasatan).Dengan kata lain, kesedaran agama membentuk akhlak atau peribadi Muslim.Sebaliknya, individu yang jauh daripada didikan agama akan terdorong untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat.Ini kerana mereka berperilaku yang dikawal sepenuhnya oleh kemahuan peribadi dan nafsu logik.Tingkahlaku mereka akan lebih mementingkan diri, demi kebaikan untuk diri sendiri tanpa menghirau keperluan atau hak orang lain yang juga perlu dititikberatkan.Tingkahlaku ini akan lebih menyerlah dalam ibadat haji apabila ramai umat Islam berkumpul serentak dan menumpu pada ibadat yang sama. Suasana sesak dan padat
mendorong tingkahlaku tertentu muncul dalam kalangan jemaah.Walaupun semua yang hadir adalah untuk melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t., namun tingkahlaku yang terhasil kadangkala di luar jangkaan apabila terlalu ramai manusia berada di sesuatu lokasi dengan cuaca yang panas, kemudahan yang terhad dan kawasan yang sempit. Justeru, kajian telah dilakukan ke atas jemaah haji yang dikhususkan kepada jemaah haji Malaysia dengan
memfokus pada lima amalan dalam ibadat haji iaitu ketika wuquf, berada di Mina, melontar di jamrah, tawaf dan saie. Kajian ingin meneliti tahap pendidikan dan kesedaran agama yang mempengaruhi tingkahlaku dan persepsi mereka ke atas jemaah lain. Sebanyak 408 buah kertas soal-selidik telah diedarkan dalam kalangan jemaah haji yang terpilih dengan pemilihan sample dilakukan secara rawak mudah dan selesa (convenience sampling).Dapatan kajian menunjukkan, pendidikan agama tidak begitu mempengaruhi tingkahlaku jemaah sehinggalah mereka mempunyai kesedaran agama yang tinggi. Kesedaran agama dapat memberi nilai tambah kepada tingkahlaku mereka sebelum melakukan sesuatu
dengan menyedari tujuan kedatangan untuk beribadat dan mengharapkan ibadat mendapat penerimaan yang tertinggi daripada Allah s.w.t.
|