Summary: | Perumahan didefinisikan sebagai satu siri rumah-rumah yang disatukan di sebuah kawasan petempatan. Dalam satu unsur perumahan, terdapat beberapa sub-unsur rumah-rumah dengan segala kemudahan fizikal seperti kedai, sekolah dan lain-lain.Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan makalah ini untuk mengkaji isu sosioekonomi di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).Berdasarkan data soal selidik terhadap 1069 responden di 25 perumahan PPR dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kajian sekunder terhadap bahan-bahan akademik yang berkenaan didapati kehidupan penghuni PPR telah berubah dan lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupan di penempatan setinggan.Situasi ekonomi mereka juga bertambah baik dengan pekerjaan serta logistik yang sesuai untuk ke tempat kerja mereka. Kehidupan bersosial dan perpaduan kaum antara
satu keluarga dengan keluarga lain juga muhibah, mesra dan harmoni dengan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Penduduk PPR dengan kerjasama pihak DBKL dan wakil rakyat di kawasan mereka.Namun demikian, kemudahan awam
seperti penyelenggaraan lif, tempat pembuangan sampah dan kawasan pakir perlu ambil perhatian oleh pihak yang berwajib untuk memastikan kehidupan mereka selesa dan sihat.Selain itu, gejala sosial dalam kalangan golongan muda agak sukar ditangani disebabkan faktor pengaruh rakan dan juga kesan penggunaan media sosial yang tidak terbatas.Justeru,semua pihak terutamanya ibubapa atau penjaga kepada remaja ini perlu mengambil tahu serta bertanggungjawab terhadap aktiviti harian anak-anak mereka agar masalah sosial
dan jenayah di kawasan mereka dapat dikawal untuk mewujudkan situasi kehidupan yang aman, tenteram dan lebih harmoni.
|