Profil remaja berisiko tinggi

Pelbagai kegiatan negatif seperti melakukan hubungan seks sebelum kahwin, membaca dan menonton bahan-bahan lucah, terlibat dengan dadah dan sebagainya telah dikaitkan dengan remaja. Memandangkan remaja merupakan aset yang akan menentukan kejayaan negara pada masa hadapan, sebarang masalah salah laku...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaffie, Fuziah, Md Ali, Ruzlan
Format: Book
Published: Universiti Utara Malaysia 2009
Subjects:
Description
Summary:Pelbagai kegiatan negatif seperti melakukan hubungan seks sebelum kahwin, membaca dan menonton bahan-bahan lucah, terlibat dengan dadah dan sebagainya telah dikaitkan dengan remaja. Memandangkan remaja merupakan aset yang akan menentukan kejayaan negara pada masa hadapan, sebarang masalah salah laku dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian yang serius kerana ia merupakan ancaman terhadap kesejahteraan masyarakat. Justeru, buku yang diterbitkan hasil daripada satu kajian mengenai remaja berisiko tinggi di Negeri Kedah yang dijalankan untuk mengenal pasti salah laku disiplin sekolah dalam kalangan murid yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, menghasilkan profi l murid berisiko tinggi, dan membentuk Modul Pembangunan Remaja.Modul Pembangunan Remaja yang dibentuk oleh penyelidik mengandungi lapan unit meliputi aspek kerohanian, kendiri, kekeluargaan, persahabatan, guru, sahsiah, patriotism dan kerjaya. Seramai 172,433 murid di sekolah menengah di Negeri Kedah terlibat dengan kajian ini. Pecahan perlakuan salah laku amat ketara didominasi oleh murid-murid lelaki yang melibatkan item-item tingkah laku seperti kenakalan, ponteng, tidak jujur, musnah, kurang sopan dan biadap, tidak mementingkan masa, kekemasan diri, lucah dan jenayah. Dengan adanya buku ini, penulis berharap agar dapatan yang dipaparkan dapat dimanfaatkan untuk mengendalikan program-program yang menyumbang ke arah pembangunan remaja dan membantu usaha kerajaan dalam membangunkan remaja di Negeri Kedah dan Malaysia amnya.