Faktor-faktor penglibatan masyarakat dalam Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) di Malaysia

Kajian ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan masyarakat terhadap demonstrasi dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan masyarakat menyertai demonstrasi jalanan.Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di man...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Jamaludin, Ngah, Kamaruddin, Hamzah, Mohd Hilmi, Ahmad, Za'im
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13737/1/4.pdf
Description
Summary:Kajian ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan masyarakat terhadap demonstrasi dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan masyarakat menyertai demonstrasi jalanan.Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 150 orang responden yang terdiri daripada masyarakat di Malaysia.Hasil kajian menunjukkan daripada lapan tuntutan tersebut, perkara utama perlu dilaksanakan adalah hentikan rasuah pilihan raya.Ini diikuti 2) hentikan politik kotor, 3) bersihkan senarai undi, 4) guna dakwat kekal, 5) akses media yang bebas dan adil, 6) kukuhkan institusi awam, 7) masa kempen minima 21 hari dan 8) mereformasi undi pos.Analisis dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka terlibat dengan demonstrasi jalanan tersebut adalah peranan yang dimainkan oleh pemimpin terlibat dan diri mereka sendiri.Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa tujuan atau faktor utama penglibatan dengan demonstrasi disebabkan kepimpinan dan diri sendiri di samping tuntutan utama perlu dilaksanakan ialah mereka mahukan hentikan rasuah pilihan raya. Justeru itu langkah-langkah yang dicadangkan oleh responden haruslah dititikberatkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelak impak kepada negara.