Membanding kesan penggunaan kaedah peta konsep dan kaedah konvensional dalam pengajaran cerpen KOMSAS tingkatan satu

Pembelajaran KOMSAS bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu namun banyak kajian memaparkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran KOMSAS dan guru juga kurang yakin dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar KOMSAS.Kertas kerja ini berasaskan kajian kuasai eksperime...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Madhawa Nair, Subadrah, Kaur, Rakbir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13964/1/G.PDF
Description
Summary:Pembelajaran KOMSAS bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu namun banyak kajian memaparkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran KOMSAS dan guru juga kurang yakin dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar KOMSAS.Kertas kerja ini berasaskan kajian kuasai eksperimen yang membanding kesan penggunaan kaedah peta konsep dan kaedah konvensional dalam pembelajaran cerpen KOMSAS Tingkatan Satu.Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah peta konsep dan kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah konvensional.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada penggunaaan kaedah peta konsep dapat membantu meningkatkan pencapaian pemahaman cerpen murid kumpulan eksperimen berbanding dengan murid kumpulan kawalan.Selain itu pengkaji juga memastikan sama ada terdapat peningkatan yang signifikan dalam minat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap pembelajaran cerpen selepas pengajaran selama enam minggu.Sampel kajian terdiri daripada 72 orang murid tingkatan Satu daripada dua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah, Darul Aman.Ujian-t (independent samples t- test) digunakan untuk menganalisis data.Dapatan kajian memperlihatkan penggunaan kaedah peta konsep mampu meningkatkan pencapaian murid kumpulan eksperimen bagi soalan tersurat, soalan tentang tema, soalan tentang persoalan,soalan tentang perwatakan dan soalan latar masyarakat.Dapatan kajian ini juga menunjukkan minat murid kumpulan ekserimen terhadap pembelajaran cerpen meningkat secara signifikan berbanding dengan minat kumpulan kawalan.Kertas kerja ini juga memberi panduan kepada guru tentang cara melakar peta konsep dan cara merancang pengajaran cerpen dengan menggunakan peta konsep.