Summary: | Buku ini mengemukakan teori dan konsep pencukaian di Malaysia dengan contoh-contoh yang mudah difahami oleh semua golongan pembaca. Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi Sistem Taksiran Cukai, Sistem Taksiran dan Taraf Mastautin, Pendapatan Penggajian, Pendapatan Tidak Terperoleh, Pelepasan dan Rebat, Tempoh Asas, Pendapatan Perniagaan, Perkongsian, Elaun Jadual Tiga, Pentadbiran, Cukai Keuntungan Hartanah, dan Penetapan Umum. Topik-topik yang dibincangkan amat sesuai untuk semua golongan pembaca, khususnya pelajar IPT yang sedang mengikuti kursus Pencukaian Malaysia. Disebabkan tidak banyak buku teks pencukaian ditulis dalam bahasa Melayu, buku ini dapat dijadikan rujukan utama oleh pelajar serta para profesional seperti akauntan, peguam, dan agen cukai.
|